Pengguna adalah terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Perpustakaan. Sebarang pelanggaran peraturan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Antara peraturannya ialah :

  1. Matikan atau “silent mode” telefon bimbit anda.
  2. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman.
  3. Tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu pelajar lain.
  4. Setelah selesai menggunakan bahan rujukan, sila letak di troli yang disediakan.
  5. Tidak dibenarkan mengalihkan perabot dari kedudukan asalnya.
  6. Sila susun semula kerusi yang telah digunakan di tempat asal.
  7. Berpakaian mengikut peraturan sahsiah rupa diri kolej serta tidak di benarkan memakai topi dan selipar.

Kehilangan/Kerosakan Bahan :

  • Laporkan segera kepada staf Perpustakaan bagi mengelakkan pertambahan denda.
  • Denda sebanyak Rm 30.00 (Terbitan luar negara) dan Rm 10.00 (Terbitan tempatan) sekiranya pihak Perpustakaan yang menguruskan kehilangan bahan tersebut.

Lewat Pemulangan Bahan :

  • Denda lewat pemulangan buku adalah Rm 0.30 sen sehari.