Pengguna adalah terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Perpustakaan. Sebarang pelanggaran peraturan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Antara peraturannya ialah :
- Matikan atau “silent mode” telefon bimbit anda.
- Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman.
- Tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu pelajar lain.
- Setelah selesai menggunakan bahan rujukan, sila letak di troli yang disediakan.
- Tidak dibenarkan mengalihkan perabot dari kedudukan asalnya.
- Sila susun semula kerusi yang telah digunakan di tempat asal.
- Berpakaian mengikut peraturan sahsiah rupa diri kolej serta tidak di benarkan memakai topi dan selipar.
Kehilangan/Kerosakan Bahan :
- Laporkan segera kepada staf Perpustakaan bagi mengelakkan pertambahan denda.
- Denda sebanyak Rm 30.00 (Terbitan luar negara) dan Rm 10.00 (Terbitan tempatan) sekiranya pihak Perpustakaan yang menguruskan kehilangan bahan tersebut.
Lewat Pemulangan Bahan :
- Denda lewat pemulangan buku adalah Rm 0.30 sen sehari.
