PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG, KOLEJ UNIVERSITI YAYASAN PELAJARAN JOHOR

 

Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) mula beroperasi di kampus Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ), Kulai pada Januari 2016. Institusi ilmu ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 9 Julai 2017.

 

Nama perpustakaan ini dipilih sebagai penghormatan kepada Tun Sri Lanang, tokoh Bendahara masyhur yang menjadi tunjang di zaman kegemilangan Kerajaan Johor. Pemilihan nama ini mencerminkan komitmen kami dalam memartabatkan warisan ilmu dan sejarah buat seluruh warga kampus.

 

Perpustakaan Tun Sri Lanang mempunyai 3 aras iaitu :

  • Aras Bawah (G)
  • Aras Satu (1)
  • Aras Dua (2)

 



Aras 2